Sabtu, 23 Januari 2010

Keajaiban alam ciptaan tuhan

kadang-kadang bila merenung langit di malam hari, aku terkenang semasa belajar di KUSZA dulu. Aku ada mengambil matapelajaran Asas Kosmologi dan Takwim, sebagai matapelajaran tambahan bagi mencukupkan kredit yang mesti diambil oleh seseorang pelajar KUSZA. ternyata aku tidak tersilap apabila memilih matapelajaran tersebut. ini kerana terdapat banyak benda2 baru yang aku ketahui sebelumnya. bermula dari itu minatku terhadap alam cakrawala semakin mendalam. rupa2nya terdapat terlalu banyak rahsia alam yang masih belum diketahui oleh manusia yang cukup kerdil ini.

Cara pengajaran En. Baharudin cukup senang dan menyeronokkan. Dari gaya percakapan dan penyampaiannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bab Astronomi. Hampir keseluruhan fakta diingatinya tanpa melihat buku. Bahkan buku rujukan yang kami pelajari adalah hasil penulisan dan penelitiannya ketika mencerap.

menurut En. Baharudin, pemerhatian terhadap alam semesta perlulah berteraskan Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW. ini kerana sebarang rumusan yang dibuat selepas pemerhatian dan pemikiran tanpa berteraskan Al-Qur'an mudah terjerumus kepada kesesatan. betapa banyak agama2 dan kepercayaan silam yang menganggap matahari, bulan, bintang dan fenomena2 di langit sebagai tuhan atau dewa dewi.

contoh yang paling senang ialah tentang perjalanan Nabi Ibrahim AS melakukan dakwah. satu ketika baginda telah berjumpa dengan satu kaum yang menyembah matahari, bulan dan bintang di langit. mereka hanya menggunakan pemikiran mereka sahaja tanpa berpandukan wahyu. begitu juga dengan kepercayaan sesetengah masyarakat yunani purba yang menganggap sebarang objek dan kejadian di angkasa sebagai dewa dan dewi mereka.

En. Baharudin gemar mengkaji sesuatu berlandaskan fakta-fakta sejarah dan semasa, kemudiannya dikukuhkan lagi dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" Al- Anaam: 73

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Fushilat: 11-12

“Matahari berjalan di tempat yang ditetapkan baginya. Demikianlah Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha Mengetahui. Sedangkan bulan kami tentukan baginya tempat yang tertentu sehingga ia kembali berbentuk seperti pelepah kurma yang kering (bulan sabit). Tiadalah matahari mendekati bulan dan tidak pula malam mendahului siang sedang semuanya beredar pada garis edarannya (orbit).” (Yassin : 38-40)

sebenarnya terdapat banyak ayat Al-Qur'an yang mencerita secara langsung ataupun tidak langsung mengenai kejadian alam, fenomena cuaca di langit dan di daratan, keajaiban dan keanehan di langit dan bermacam-macam lagi fenomena yang masih belum tersingkap misterinya. kebanyakan ayat tersebut memberi petunjuk asas dan seolah-olah menyeru kepada umat manusia supaya memikirkan dengan lebih mendalam maknanya yang tersirat.

sebenarnya hujan turun ke Bumi adalah dalam sukatan tertentu. Sukatan ini hanya diketahui oleh penyelidikan terkini. Kiraan menunjukkan bahawa 16 juta tan air mengewap setiap saat. Dalam masa setahun, jumlah ini ialah 505 trilion tan. Sekali lagi, setiap tahun, 505 trilion hujan jatuh ke permukaan Bumi. Di dapati, jumlah ini adalah sama daripada satu tahun ke satu tahun. Fakta ini, yang baru sahaja di temui oleh ahli sains, telah digambarkan di dalam Al-Quran, yang turun 1,400 tahun dahulu:

Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu… (Surah Az-Zukhruf:11)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar